fb fb fb fb fb

Lawatan PM Anwar peluang untuk tingkatkan hubungan India-Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

NEW DELHI, 16 Ogos- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India minggu depan memberikan peluang kepada negara ini untuk meningkatkan hubungan dengan Malaysia, kata Kementerian Luar India pada Jumaat.

India berharap untuk membawa kerjasama dengan Malaysia ke "tahap yang lebih tinggi," kata jurucakap kementerian Randhir Jaiswal dalam satu taklimat media.

"Lawatan ini akan memberikan peluang untuk menilai semula dan memperkukuh hubungan kami merentasi pelbagai bidang," katanya.

Beliau mengingat kembali Anwar sebelum ini melawat India pada 2019 untuk menyertai satu persidangan di New Delhi dan bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa lawatan itu.

"Kami amat menantikan lawatan Perdana Menteri Malaysia," kata Jaiswal.

Satu pengumuman rasmi akan dibuat pada Sabtu, katanya.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN