SHANGHAI, 4 November - Lawatan kerja empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China selama empat hari hingga 7 November menfokuskan kepada aspek ekonomi.
Duta Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata, ia dilaksanakan menerusi pelbagai siri perjumpaan dan sesi meja bulat bersama syarikat berpotensi menjana pelaburan berimpak tinggi.
"Fokus kali ini ekonomi. Jadual yang padat menanti Perdana Menteri antaranya sesi bertemu syarikat yang berpotensi membuat pelaburan ke Malaysia," kata Norman.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena lawatan Perdana Menteri ke negara itu.
Anwar akan mengadakan pertemuan bersama-sama The China International Capital Corp (CICC), dan juga menghadiri High-Level Meeting with Huawei Senior Executive.
Antara lain Perdana Menteri juga akan bertemu sembilan syarikat berpotensi dan mengadakan sesi meja bulat bersama-sama 23 ‘captains of industry’.