fb fb fb fb fb

Latihan pendaratan helikopter di Perdana Putra, Kompleks Seri Perdana, esok dan lusa- MKN

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan melaksanakan latihan pendaratan helikopter di tapak pendaratan bangunan Perdana Putra dan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Latihan akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada esok, Jumaat 15 Mac bermulal 9 pagi hingga 1.00 petang dan Sabtu,16 Mac bermula 4 petang sehingga 1 pagi.

MKN dalam kenyataan menyatakan kedua-dua latihan pendaratan ini akan melibatkan tujuh buah pesawat.

Ia termasuk dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua pesawat Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan dua pesawat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ia merupakan kerjasama antara TUDM, PDRM, APMM, JBPM dan turut disertai Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Sapura Research Sdn. Bhd.

Antara lain ia bertujuan menguji tapak pendaratan di lokasi berkenaan selain menguji tahap kesiapsiagaan keselamatan di kedua-dua tapak pendaratan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE