fb fb fb fb fb

Larian Bersama Bomba 2024 di Melaka pada 18 Mei ini

FOTO JBPM

KUALA LUMPUR, 23 April- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menganjurkan Larian Bersama Bomba bagi tahun 2024 di negeri Melaka pada Sabtu, 18 Mei depan.

Sehubungan itu, orang ramai diajak untuk menyertai progam berkenaan yang diadakan di Dataran Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir pada pukul 8.00 malam.

Peserta boleh melakukan imbasan kod QR yang dikongsi menerusi media sosial JBPM atau layari laman web https://register.racexasia.com/my/lbbo24/registrations untuk pendaftaran dan bayaran yuran bermula harga RM55.

"RM55 bagi kategori 'Fun Run' sejauh lima kilometer (km) terbuka untuk peserta berusia 13 tahun ke atas, manakala kategori 'Family Run' 3km (RM180) bagi dua dewasa dan dua kanak-kanak; dan kategori 'VIP' 3km (RM160).

"Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah menarik menanti anda," menurut kenyataan.

2304 MLK LARIAN BOMBA 2024 3
FOTO JBPM

SITI AISHAH MD ISA