fb fb fb fb fb

Larangan guna pelajar sebagai kandungan media sosial, gesaan NUTP disokong CMCF

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Gesaan pelaksanaan peraturan yang lebih ketat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bagi melarang penggunaan pelajar sebagai kandungan media sosial disokong penuh, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).

Menurut kenyataan Pengerusi CMCF, Rafiq Razali menekankan perlunya perlindungan kanak-kanak dalam segala kandungan yang dihasilkan tanpa mengabaikan prinsip-prinsip etika.

Kepentingan mengikuti etika tersebut bagi mengelakkan situasi yang mungkin boleh mencetuskan perbalahan dan mengganggu pembelajaran pelajar.

Segala usaha mesti dilaksana untuk memastikan apa jua kandungan mestilah tidak akan menyebabkan, menggalakkan atau mempromosikan kecederaan fizikal dan emosi, penderaan atau mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya moral.

Kesedaran etika digital dan kerjasama antara guru, ibu bapa, dan pihak berkepentingan penting untuk melindungi pelajar sekali gus mengekang penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial.

ROSLINA BINTI DIN