fb fb fb fb fb

Laporan Indeks Kebebasan Media berdasarkan soal selidik responden - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 15 Mei - Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) baru-baru ini ini dibuat berdasarkan soal selidik responden.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu kepadanya menerusi pertemuan yang diadakan secara dalam talian Isnin lepas.

"Mereka juga telah menjelaskan bahawa sebenarnya indeks kebebasan media yang mereka laporkan adalah berdasarkan maklum balas responden

"Responden telah mengisi sejumlah dokumen atau survei dan tidak semestinya berdasarkan kepada usaha mereka sendiri di lapangan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, RSF turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha meningkatkan aspek kebebasan media di negara ini.

Baru-baru ini, Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 disiarkan RSF memaparkan kedudukan Malaysia dalam indeks berkenaan, jatuh 34 anak tangga ke kedudukan 107 berbanding 73 pada tahun lalu, dengan memperoleh skor sebanyak 52.07 mata.

GRACE AISYAH KEDAYAN