fb fb fb fb fb

Lapangan terbang, pelabuhan perlu lebih efisyen dan diperbaiki segera- PM

FOTO HIASAN / flightradar24

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Penyelenggaraan dan penambahbaikan perkhidmatan di pintu-pintu masuk negara perlu disegerakan.

Ia termasuk lapangan terbang di negeri-negeri serta daerah selain pelabuhan-pelabuhan kapal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu perlu kerana ia tidak hanya menampung  jumlah peningkatan pengguna, malah menarik kedatangan lebih ramai pelancong asing ke negara ini.

"Kita perlu percepatkan, tidak boleh nak siapkan, baiki lapangan terbang dalam 3 4 tahun. Oleh sebab itu, saya minta semua kawasan-kawasan ini disegerakan dan usaha Anthony segerakan hal sedemikian, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Pulau Pinang yang dah sesak untuk memudahkan. KLIA contohnya, itu sudah jadi tekanan kerana jumlah pelancong yang sangat tinggi,"katanya.

Tumpuan diberikan kepada  kawasan yang mampu menarik kemasukan pelancong asing seperti di Kota Kinabalu,  Kuching, Pulau Pinang, Alor Setar, Kota Bharu dan Tawau.

Selain itu,  kerjasama kementerian dan agensi perlu diperkukuh bagi memastikan industri pelancongan negara kekal berdaya saing meliputi pelbagai elemen yang saling berkaitan antaranya perkhidmatan, keselamatan, kemudahan dan daya tarikan.

Beliau berucap ketika merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur. 

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kraf Negara 2024 kepada Bangie Embol, yang banyak menghasilkan Kraf Tekstil Tenunan Pua

Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996.

 

2402 PM AIRPORTPerdana Menteri bersalaman dengan penerima Anugerah Tokoh Kraf Negara 2024, Bangie Embol

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE