Lapan peniaga sayur Pasar Sentral Labuan terima bantuan selepas kebakaran

FOTO Jabatan Wilayah Persekutuan

LABUAN, 15 Mac – Seramai lapan peniaga sayur di Pasar Sentral Labuan menerima bantuan selepas gerai mereka terjejas dalam kebakaran yang berlaku tengah malam 13 Mac lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Hannah Yeoh turun padang menyantuni mangsa dan meninjau kerosakan di lokasi kejadian.
  • Beliau menyampaikan sumbangan bantuan bencana sebanyak RM10,000 kepada semua peniaga terlibat.
  • Perbadanan Labuan akan melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan di kawasan pasar untuk keselesaan.
  • Lawatan disertai Timbalan Menteri Lo Su Fui serta kepimpinan Jabatan Wilayah dan pegawai Perbadanan, termasuk CEO Rithuan Mohd Ismail dan Timbalan Pengerusi Simsudin Sidek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh turun padang menyantuni mangsa selain meninjau sendiri kerosakan di lokasi kejadian.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan bencana berjumlah RM10,000 kepada semua peniaga yang terlibat bagi membantu meringankan beban mereka.

Menurutnya, Perbadanan Labuan juga akan melaksanakan kerja pembaikan serta penyelenggaraan di kawasan berkenaan bagi memastikan keselesaan peniaga dan orang ramai.

Lawatan itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui bersama kepimpinan Jabatan Wilayah Persekutuan dan pegawai Perbadanan Labuan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail serta Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.