fb fb fb fb fb

Lantikan Timbalan Menteri Agama baharu bantu martabat syiar Islam - Mohd Na'im

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Lantikan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama baharu dapat membantu memberikan yang terbaik dalam memartabatkan syiar Islam. 

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar berkata usaha secara bersama akan dilakukan untuk memastikan Pelan Transformasi Al-Falah dapat direalisasikan dengan cemerlang. 

"Sebagai Menteri Agama ini, kita akan buat yang terbaik dalam usaha memartabatkan syiar Islam. Saya harap adanya timbalan akan meringankan dan membantu saya memastikan agenda Pelan Transformasi Al-Falah dapat diusahakan secara bersama dengan timbalan saya," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai lantikan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama yang baharu iaitu Dr. Zulkifli Hasan pada majlis perasmian Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu di sini.

Tambah Mohd Na'im, sebanyak RM264 juta digunakan bagi membina Menara MAIWP tersebut dengan keluasan 24,000 kaki persegi dan setinggi 24 tingkat.

Bangunan baharu yang dibina bersebelahan Bangunan Daruzzakah itu bertujuan memudahkan dan memberi keselesaan kepada golongan asnaf untuk berurusan dengan MAIWP.

Majlis perasmian menara itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM