Langkah penjimatan: Tiada penganjuran rumah terbuka Aidilfitri

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 11 Mac – Tiada penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri sebagai langkah penjimatan dan berwaspada terhadap ketidaktentuan ekonomi global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan menekankan bahawa perbelanjaan perlu dibuat secara cermat dan sederhana.
  • Pendekatan berjaga-jaga diambil walaupun bekalan minyak dan gas masih mencukupi.
  • Lawatan luar negara bagi menteri dan pegawai dihadkan kecuali sudah dijadualkan atau wajib dihadiri.
  • Langkah awal ini bagi mengelakkan negara terjebak dalam kesukaran ekonomi jika situasi global bertambah buruk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memutuskan, semua agensi kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri sebagai komitmen untuk menguruskan perbelanjaan yang lebih berhemah.

“Langkah ini memberi mesej bahawa perbelanjaan perlu dilakukan secara lebih cermat dan sederhana. Walaupun ada yang mempersoalkan keperluannya ketika keadaan bekalan minyak dan gas masih mencukupi, kerajaan mengambil pendekatan berjaga jaga serta mengamalkan langkah berjimat cermat.

“Ini merupakan langkah yang wajar bagi mengelakkan negara terjebak dalam keadaan yang lebih parah. Sehubungan itu, menteri serta anggota pentadbiran dan jabatan kerajaan juga dihadkan daripada melakukan lawatan atau kunjungan ke luar negara, kecuali yang telah dijadualkan lebih awal atau yang wajib dihadiri,” katanya pada Sidang Media Khas Perdana Menteri di Putrajaya.

Tamabh Datuk Seri Anwar, langkah itu merupakan pendekatan awal bagi memastikan negara tidak terjebak dalam keadaan ekonomi yang lebih sukar sekiranya situasi global bertambah buruk.