fb fb fb fb fb

'Langkah Dubai', hanya buang masa - Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 2 Januari- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa usaha gerakan 'Langkah Dubai' yang digerakkan baru-baru ini, hanya membuang masa.

Katanya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk membangunkan negara terutama dari segi mengembangkan ekonomi dan beri kesejahteraan kepada rakyat.

"Apa yang penting adalah rakyat memberikan mandat kepada parti-parti dan memberikan dokongan kepada ahli-ahli parlimen yang dipilih."

Kini, kita dapati bahawa Kerajaan Perpaduan mempunyai sokongan melebihi dua per tiga, ertinya rakyat harus diberikan keadilan untuk politik ini dimantapkan," kata Dr. Zahid kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana Terkini, di sini.

Zahid yang menerima laporan dan perincian berhubung pertemuan sulit itu, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang terlibat.

Sebaliknya, menasihatkan kepada semua pihak terbabit, menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika mahu membentuk kerajaan baharu.

Sebelum ini, muncul desas-desus mengenai 'Langkah Dubai' yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang, termasuk wakil tertentu kerajaan, dengan matlamat sama untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM