Laluan TVET diperkukuh dalam pelan pendidikan tinggi

Foto RTM

KOTA KINABALU, 21 September – Laluan Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat pendidikan tinggi akan diperkemas menerusi Pelan Pendidikan Tinggi Nasional 2026-2035.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyelarasan laluan TVET dijalankan bersama Majlis TVET Negara untuk memastikan keselarasan peringkat tinggi.
  • TVET peringkat tinggi dikendalikan institusi pendidikan tinggi seperti universiti teknikal, politeknik dan kolej komuniti.
  • Langkah itu untuk menjadikan laluan TVET lebih tersusun dan memenuhi keperluan industri serta tenaga kerja berkemahiran tinggi.
  • Penyelarasan antara institusi penting bagi pembangunan bakat TVET bersepadu serta memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu penting bagi memastikan laluan TVET lebih tersusun selain terus memenuhi keperluan industri dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Menurutnya, penyelarasan sedang dilaksanakan bersama Majlis TVET Negara, khususnya membabitkan laluan TVET di peringkat pendidikan tinggi.

“Dalam usaha itu juga kita bersama-sama dengan Majlis TVET Negara untuk menyusun laluan TVET di peringkat pendidikan tinggi.

“Lazimnya, TVET peringkat tinggi dikendalikan melalui institusi pendidikan tinggi termasuk universiti teknikal, politeknik dan kolej komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah 2026 di Politeknik Kampus Kota Kinabalu, di sini.

Katanya, penyelarasan antara institusi berkenaan penting bagi memastikan pembangunan bakat TVET dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu serta memenuhi keperluan semasa dan masa depan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.