fb fb fb fb fb

Laluan di KM 117 LPT1 dibuka semula petang ini

(FOTO BERNAMA)

TEMERLOH, 21 September - Laluan di Kilometer 117 Arah Barat Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), di Temerloh yang ditutup sejak 10 September lalu akan dibuka semula selewat-lewatnya petang ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembukaan laluan itu adalah lebih awal daripada jadual kerja ditetapkan.

Katanya, kerja pembaikan yang bermula pada 13 September lalu pada asalnya dijadualkan mengambil masa 14 hari.

(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi)

Bagaimanapun katanya ia berjaya disiapkan dalam tempoh 10 hari kerana kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secara intensif antara 16 jam sehingga 24 jam sehari.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ANIH berhad yang sangat efisien dan pantas dan membuat kerja-kerja awal ini untuk memastikan jalan ini boleh kita buka petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian kegagalan cerun tambakan projek tebatan banjir LPT1 di Kilometer 117.8 arah Barat, di sini.

Tambah Nanta, laluan itu dijangka boleh digunakan semula bermula pukul 6 petang ini.

“Pembukaan lebih awal laluan ini juga bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya terbabit.

Media Baharu