fb fb fb fb fb

KYPJ terima MBOR, himpun lebih 800 syair

Edwin Yeoh Tiong Chin menyerahkan sijil MBOR kepada Ketua Eksekutif KYPJ, Haslinda Abu Bakar

JOHOR BAHRU, 14 Disember- Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) semalam, selepas menghimpunkan 810 syair dalam Buku Kumpulan Syair Putera Hujung Medini, yang dihasilkan pelajar daripada 78 sekolah menengah di Johor.

Pengurus Besar KYPJ Husaini Mokhles berkata, syair ditulis pelajar berumur 13 hingga 19 tahun itu bertujuan memelihara dan memperkasa bidang penulisan tradisional dalam kalangan golongan muda.

Penerbitan Buku Kumpulan Syair Putera Hujung Medini itu mampu mencetuskan penulisan berkonsep pemikiran aras tinggi, selain menyuntik rasa cinta terhadap warisan puisi tradisional Melayu.

Inisiatif itu juga dapat mengekalkan warisan dan budaya bangsa, khusus dalam bidang seni penulisan lebih holistik.

Penulisan syair pelajar tersebut dijalankan sejak 20 Oktober lalu, sebelum dikumpul pada November dan disunting oleh penggiat puisi melayu moden, Mohd Rosli Bakir dan Norhaida Ahmad.

Sijil pengiktirafan diserahkan wakil MBOR, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Ketua Eksekutif KYPJ, Haslinda Abu Bakar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI