fb fb fb fb fb

KYNS komited tingkat kualiti pendidikan, latihan

SEREMBAN, 17 Mac- Budaya inovasi serta kreativiti, perlu menjadi amalan Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) dalam menghasilkan kaedah serta pendekatan berkesan.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, keperluan itu berupaya untuk meningkatkan kualiti pendidikan serta latihan.

Justeru, warga KYNS harus peka dan responsif dengan tuntutan semasa industri dalam melahirkan modal insan berpengetahuan serta berkemahiran tinggi.

"Dengan pengiktirafan yang telah diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pelbagai agensi lain,  KYNS hari ini bersedia untuk menjadi destinasi utama para belia khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas menamatkan pengajian di peringkat sijil dan diploma, bagi graduan yang mampu dan berminat, boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat universiti sama ada ijazah, sarjana dan PhD," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Negeri Sembilan  (KYNS) Kali Ke 9 Tahun 2023,di Seremban.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Dalam majlis tersebut, seramai 580 graduan diraikan dan menerima anugerah masing-masing.

Sempena Ulang Tahun ke-30 penubuhan KYNS, Aminuddin juga berharap agar KYNS dapat membantu usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dan mobiliti sosial khususnya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Media Baharu