fb fb fb fb fb

Kutipan RC meningkat, kerajaan fokus tingkat pengangkutan awam Johor

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Kementerian Pengangkutan dalam usaha mempertingkatkan pengangkutan awam di seluruh Johor menggunakan hasil kutipan Road Charge (RC) yang telah dipungut.

Menterinya Anthony Loke memaklumkan kutipan RC tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

"Kita  akan cuba berbincang dan meyakinkan Kementerian Kewangan supaya kutipan Road Charge ini disalurkan semula untuk pengangkutan awam dan memang betul apabila Projek Sistem Transit Rapid (RTS Link) siap kelak, kita memang memerlukan rangkaian bas di kawasan Johor Bahru dan sudah tentu memerlukan peruntukan tambahan," kata Loke.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin di Dewan Rakyat.

Tambah Loke,  setakat September hampir 4.4 juta kenderaan telah memasuki kedua-dua pintu masuk Johor dan Singapura dengan kutipan Road Charge sebanyak RM87,944,580.

TETITIA YUSOFF