fb fb fb fb fb

Kutipan pecah panggung, filem tempatan setaraf antarabangsa

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching

KULAI, 1 September - Tayangan 26 filem tempatan dalam negara setakat Mei lalu berjaya mencatatkan kutipan hampir RM100 juta.

Angka itu meningkat berbanding RM98.8 juta yang dikutip menerusi tayangan 56 filem tempatan pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, peningkatan kutipan itu membuktikan filem tempatan mempunyai kualiti setaraf filem antarabangsa sehingga mampu mencatat kutipan angka pecah panggung.    

"Kutipan tahun ini mencapai RM97.5 jutajadi sudah hampir sama dengan kutipan sepanjang tahun 2023, ini menunjukkan pertama filem kualiti mereka semakin meningkat dan penonton-penonton tempatan jugalah mahu masuk ke pawagam untuk memberikan sokongan kepada filem tempatan," kata Teo Nie Ching.

Beliau berkata demikian semasa Program Jom Tonton Wayang Takluk: Lahad Datu, di sini.

Sebanyak 240 tiket percuma disediakan kepada warga Kulai bagi menonton tayangan filem berkenaan, sebagai simbolik menzahirkan rasa cinta kepada tanah air.

Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof kekal sebagai filem pecah panggung dengan kutipan lebih RM60 juta setakat ini.   

TETITIA YUSOFF