fb fb fb fb fb

Kurangkan risiko banjir, kerajaan peruntuk RM950 juta kepada JPS

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 9 Julai-Sejumlah 950 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, daripada jumlah itu, RM410 juta disalurkan kepada setiap negeri untuk kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir.

"JPS juga memperuntukkan sebanyak RM540 juta di bawah RMKe-12 bagi kerja-kerja kecemasan luar jangka bertujuan memulihara struktur-struktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara.

"Walau bagaimanapun, agihan peruntukan adalah berdasarkan kepada keperluan semasa setiap negeri," katanya di Dewan Rakyat di sini ketika menjawab pertanyaan Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary mengenai peruntukan yang diberikan kepada JPS untuk mengelakkan banjir kilat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM