fb fb fb fb fb

Kurangkan kadar keciciran pelajar, PIPOA perlu ditambah

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 21 September- Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) perlu ditambah bagi memberi ruang lebih ramai pelajar orang asli mendapat peluang pendidikan, sekali gus mengurangkan kadar keciciran.

Senator, Manolan Mohamad berkata inisiatif sedemikian dilihat berjaya melahirkan pelajar orang asli yang cemerlang.

Ia selepas beliau melihat pencapaian dan prestasi pelajar yang menuntut di PIPOA.

"Pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masuk ke PIPOA dan belajar di sekolah berdekatan dengan asrama ini.

"Saya tengok keputusan pelajar tinggal di asrama agak baik berbanding mereka yang tidak tinggal di PIPOA.

"Saya menyarankan kerajaan menambah konsep PIPOA ini khususnya di negeri ramai orang asli," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Negara di sini.

Tegasnya, peluang sama rata wajar diberi kepada murid orang asli untuk mendapat pendidikan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu