
KUALA LUMPUR, 24 Februari – Satu kumpulan kerja teknikal telah ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membangunkan pelan tindakan komprehensif untuk menstabilkan harga barangan di Sabah dam Sarawak.
- Penubuhan kumpulan kerja teknikal KPDN untuk membangunkan pelan tindakan stabilkan harga barangan di Sabah dan Sarawak.
- Fokus kajian pada kecekapan struktur kos logistik, pemantapan rantaian bekalan dan pengoptimuman penghantaran antara wilayah.
- Pelaksanaan program pengedaran nasional termasuk 608 pos di Sabah dan 820 pos di Sarawak bagi mengurangkan kos dan jurang bekalan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata kumpulan itu yang turut disertai pemain industri, antara lain akan melihat aspek kecekapan struktur kos logistik, pemantapan rantai yang berkala serta mengoptimumkan penghantaran antara wilayah.
“Kajian penstabilan harga yang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menunjukkan komponen logistik dan pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perbezaan harga barangan antara wilayah.
“Ini antara intervensi yang telah dilakukan oleh kementerian untuk memastikan bahawa kita cakna dengan realiti sebenar kos sara hidup,” katanya menjawab soalan ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berhubung cadangan melaksanakan audit harga barangan asas khususnya Sabah dan Sarawak serta usaha memerangi kartel orang tengah bagi mengurangkan kenaikan harga barang di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Dr Fauziah berkata tindakan lain yang diambil termasuk pelaksanaan program pengedaran barang perlu di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, membabitkan 608 pos di Sabah dan 820 pos di Sarawak.