fb fb fb fb fb

Kuala Lumpur disasar jadi hub syarikat pemula - Rafizi

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 20 September- Satu konvensyen syarikat pemula akan dianjurkan dalam masa terdekat bagi melahirkan lebih ramai tekno-usahawan tempatan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ia sebagai usaha mempercepat peralihan struktur ekonomi negara ke arah industri berasaskan teknologi dan digital.

"Ini termasuk inisiatif khusus untuk mengumpulkan sumber pembiayaan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Malah, tumpuan juga akan diberikan kepada pelabur dan syarikat pemula pada peringkat awal untuk memperkasa lebih ramai bakat tempatan sebagai pencipta dan pembangun teknologi," kata Rafizi ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) di Dewan Negara, di sini.

Tambah Rafizi, Kuala Lumpur disasar menjadi hub syarikat pemula dan industri digital serantau untuk menarik pelaburan dan bakat digital.

Kerajaan turut menyasarkan negara berada dalam kalangan 20 negara utama ekosistem syarikat pemula global menjelang 2030.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu