KUALA LUMPUR, 2 Januari- Sebanyak 11,970 tiket disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi perkhidmatan tren elektrik (ETS) sempena dengan cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina kali ini.
Ia melibatkan dua tren tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya.
Menerusi kenyataan media KTMB, tiket-tiket tren tambahan tersebut akan mula dijual bermula pada pukul 10.00 pagi, esok.
Selain itu, tren tersebut akan beroperasi selama 19 hari serta menawarkan 630 tempat duduk setiap hari.
Tawaran tersebut termasuk kemudahan kelas perniagaan.