KUALA LUMPUR, 28 April- Satu dasar sedang dirangka bagi membolehkan pekerja ekonomi gig mendapat perlidungan sosial lebih menyeluruh.
Ini terutama apabila jumlah pekerja sektor itu kian meningkat hingga mencecah hampir 1 juta pekerja.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menjelaskan dasar yang sedang dirangka itu bertujuan agar golongan tersebut tidak didiskriminasi.
Selain kebajikan mereka terpelihara.
"Jadi untuk golongan ini keselamatan sosial adalah sangat-sangat penting walaupun mereka boleh mencarum dalam Perkeso tetapi saya rasa itu tak memadai, perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar sebab ini libatkan 1 juta pekerja negara kita.
"Kita perlu melihat bagaimanakah satu perlindungan untuk masa depan mereka terjamin," katanya.
(Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar)
Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program terbitan RTM di Angkasapuri.