fb fb fb fb fb

KSM rancang bina tiga lagi pusat rehabilitasi

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

KUALA LUMPUR, 28 Februari - Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang merancang untuk menambah tiga lagi pusat rehabilitasi termasuk di Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sehubungan itu, satu perbincangan berkaitan lokasi dan keperluan semasa serta kerjasama dengan Kerajaan Negeri perlu dilakukan memandangkan ia melibatkan kos yang besar.

Menteribya Steven Sim berkata, sebelum ini Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi antara hospital yang menyediakan program serta kemudahan berkaitan rehabilitasi .

Ia sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutamanya pencarum PERKESO untuk mendapatkan rawatan tersebut di kampus UNIMAS.

"Dari tempoh Ogos 2022 hingga 31 Januari 2024, seramai 18 kes telah dirujuk ke UNIMAS. Daripada jumlah tersebut, seramai sembilan orang telah kembali bekerja, lapan orang telah selesai menjalani rawatan rehabilitasi dan seorang masih lagi menjalani rawatan pemulihan," kata Steven Sim dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Sehingga kini PERKESO mempunyai sebuah Pusat Rehabilitasi di Melaka yang telah beroperasi sejak tahun 2014, manakala pusat rehabilitasi PERKESO di Ipoh, Perak sedang dalam fasa pembangunan pesat dan sebuah lagi dalam fasa perancangan rekabentuk yang dicadangkan di Negeri Terengganu.

TETITIA YUSOFF