fb fb fb fb fb

Kru bot nelayan dipercayai terjatuh ke dalam laut Selasa lalu, ditemukan maut

KUALA KEDAH, 11 Februari - Seorang kru nelayan yang dikhuatiri lemas sejak tiga hari lalu pada kedudukan 6.7 batu nautika barat laut Kuala Kedah ditemukan maut.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat tersebut ditemukan pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritime Malaysia (APMM) menerima panggilan telefon daripada orang awam sekitar pukul 1.10 tengah hari yang memaklumkan penemuan mayat terapung tanpa baju.

Setelah dimaklumkan penemuan itu, Zon Maritim Kuala Kedah terus mengatur gerak bot PERKASA 1226 ke lokasi. Mayat kemudianya dibawa ke Jeti Nelayan Kuala Kuar," kata Noor Azreyanti dalam satu kenyataan di sini.

Mayat Mohd Ayob Jalaludin 39 tahun, disahkan oleh waris mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kejadian pukul 5.30 pagi pada Selasa itu, mangsa kru bot nelayan tempatan Kelas A yang berpangkalan di Kuala Sala itu sedang melakukan aktiviti menangguk siput, sebelum tekong menyedari mangsa tiada di atas bot.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas bot mereka dipukul ombak kuat sewaktu dalam perjalanan balik ke pangkalan.

 

Media Baharu