fb fb fb fb fb

KPWKM ziarah keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini

FOTO KPWKM

SELANGOR, 18 Julai- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menyantuni keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini, mangsa kes pembunuhan.

Dalam pertemuan di Rumah Tamu Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI itu, Datuk Seri Nancy turut menyerahkan sumbangan Tabung Segera Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan Bantuan Skim Pemberian Ehsan kepada Keluarga Mangsa sebanyak RM3,000.

Rombongan kementerian turut disertai pegawai Yayasan Kebajikan Negara, JKM dan kaunselor bertemu dengan ibu Allahyarham Nur Farah serta ahli keluarga lain.

Turut hadir Naib Canselor UPSI dan pegawai tertinggi UPSI.

Ketika ini, jenazah Nur Farah masih ditempatkan di Hospital Sungai Buluh sementara menunggu keputusan ujian DNA.

Keluarga Nur Farah telah memutuskan untuk mengembumikan jenazah di kampung kakak ipar mangsa, di Pahang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE