fb fb fb fb fb

KPWKM sedia khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa nahas

Pesawat HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut

SEREMBAN, 23 April- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyediakan kaunselor bagi membantu keluarga mangsa nahas helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada pagi tadi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mula menghantar kaunselor kepada keluarga mangsa selepas menerima maklumat daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sebab kita tahu dalam kesulitan ketika ini, mereke mungkin memerlukan orang lain untuk membantu menenangkan mereka, bersama-sama dengan mereka.

"Insya-Allah perkara ini akan dilaksanakan sebab kita ada kaunselor. Kaunselor itu kita akan hantar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Direktori ’Community Based Organisation (CBO) KPWKM Negeri Sembilan di Dewan Komuniti Coral Height Sikamat, di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI