fb fb fb fb fb

KPWKM menerusi LPPKN rangka pelbagai program tingkat kadar kelahiran negara

Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Pelbagai inisiatif dirangka Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk meningkatkan kadar kelahiran negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarkat Datuk Seri Nancy Shukri berkata LPPKN telah mengadakan program galakan perkahwinan seperti Majlis Resepsi Mahligai Cinta untuk pasangan terpilih.

"Kita juga menawarkan perkhidmatan persekitaran yang boleh membantu pasangan membuat keputusan seperti perkhidmatan perancangan keluarga dan pelaksanaan program pembangunan keluarga menerusi modul Smart Start praperkawhinan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkenaan langkah untuk meningkatkan kadar kelahiran negara dan inisiatif dalam menggalakkan rakyat agar menambah bilangan anak.

Nancy juga memaklumkan bahawa modul berkenaan berperanan memberi kemahiran dan pengetahuan kepada pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI