fb fb fb fb fb

Anak jururawat maut ditikam akan diberi kaunseling- KPWKM

(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu)

ALOR SETAR, 2 Oktober- Anak kepada jururawat yang maut ditikam oleh suaminya di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis akan diberikan sesi kaunseling untuk berdepan trauma yang menimpa ibu bapa mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata  sesi kaunseling tersebut akan diadakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat.

Menurutnya, KPWKM juga akan melihat kesesuaian berhubung penjaga yang paling layak memelihara dua anak lelaki pasangan tersebut berusia enam dan lapan tahun, yang mana akan diputuskan secara bersama oleh JKM dan ahli keluarga.

"Dia akan melalui  proses seperti mana mangsa- mangsa yang lain, kanak-kanak yang lain. Selain kita mencari orang layak yang sesuai dan juga melihat kepada kesan psikologi sebab kita ada pasukan psikologi yang boleh bantu anak- anak ini," katanya.


(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu merasmikan
Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di Alor Setar)

Aiman berkata pihaknya akan menawarkan kemungkinan bantuan kanak-kanak sepanjang usia mereka di bawah 18 tahun.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di sini pada Isnin.

Sabtu lalu, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31 tahun, merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditikam suaminya dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi dipercayai akibat cemburu.

Media Baharu