fb fb fb fb fb

KPT perluas peluang pendidikan tinggi untuk pelajar juvana

Antara pelajar-pelajar di Sekolah Integriti di Kota Kinabalu, Sabah

KOTA KINABALU, 16 September- Peluang lebih luas akan dibuka kepada pelajar yang terlibat dalam sistem keadilan juvana di Sekolah Integriti Kota Kinabalu dan Sekolah Henry Gurney untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Usaha berkenaan sedang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan golongan tersebut tidak tersisih daripada sistem pendidikan negara, selari agenda reformasi penjara yang sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI.

"Ada beberapa peluang yang saya fikir sangat baik khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Begitu juga dengan peluang mereka untuk memperbaiki dan menambah baik keputusan SPM.

"Semua ini adalah perkara yang saya percaya boleh kita selesaikan dalam tempoh singkat, dengan kerjasama lebih rapat bersama KPT," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan rasmi ke Sekolah Integriti Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ketika ini, terdapat tujuh buah Sekolah Integriti Kota Kinabalu dan empat buah Sekolah Henry Gurney di seluruh negara.

1609 SABAH FADLINA SEKOLAH INTEGRITI 2
Fadhlina Sidek

SITI AISHAH MD ISA