PUTRAJAYA, 10 Februari - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan kemasukan berperingkat pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) mulai 1 Mac, berjalan lancar.
KPT dalam kenyataan mengingatkan semua IPT bawah kementerian itu supaya mematuhi peraturan kapasiti ditetapkan dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran yang ketat.
"Aspek keselamatan dan kesihatan pelajar menjadi keutamaan KPT dalam proses kemasukan dan keberadaan mahasiswa di kampus.
"Bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara hibrid atau dalam talian, tertakluk pada keputusan IPT sendiri" menurut kenyataan.
Kelonggaran itu bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan kaedah pembelajaran yang bersesuaian.