fb fb fb fb fb

KPT komited jalin kerjasama dengan pemain industri, bantu lulusan TVET

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

NILAI, 30 Mei- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited untuk menjalinkan kerjasama serta sesi libat urus bersama-sama pemain industri dalam usaha membantu lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat pekerjaan dengan syarikat swasta.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan telah mewujudkan kerjasama dengan pihak industri bagi mengenal pasti bidang kemahiran yang diperlukan oleh pihak swasta.

"Kita telah mengadakan perbincangan sebab yang mustahak ialah perbincangan. Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan satu bentuk kerjasama melibatkan universiti dan industri.

"Ini mustahak dan kita kena mendekati industri ini kerana kita nak kenal pasti apa bidang yang mereka perlukan," katanya selepas Merasmikan Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.

Beliau juga menambah perbincangan tersebut melibatkan KPT, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Ekonomi.

Ia memfokuskan kepada keperluan tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor tertentu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI