fb fb fb fb fb

KPM tubuh pasukan khas suntik minat pelajar dalam bidang Sains & Teknologi

(FOTO RTM)

AYER KEROH, 16 Mei-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarah menubuhkan pasukan khas bagi menyuntik minat dalam bidang sains dan teknologi di kalangan pelajar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan melalui kajian yang dijalankan, minat terhadap bidang ini semakin merosot khasnya membabitkan pelajar di luar bandar.

"Dalam pelbagai bidang seperti Automatif, teknologi hijau, kenderaan elektrik, maka minat anak-anak diperlukan dalam bidang berkenaan.

Dalam laporan terakhir, minat anak-anak dalam bidang tersebut berkurangan. Saya telah minta Menteri Pendidikan adakan pasukan khas menyuntik semula semangat anak-anak", katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Sambutan Hari Guru yang bertemakan 'Guru Insani Pemangkin Generasi Madani' bermula sejak semalam menerusi program Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald's 2023, disusuli dengan Majlis Makan Malam anjuran kerajaan negeri serta penyampaian beberapa Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, malam tadi.

Sambutan di Melaka kali ini menyaksikan beberapa rakan strategik utama Kementerian Pendidikan (KPM) turut berganding bahu menjayakan acara berkenaan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

 

Media Baharu