fb fb fb fb fb

KPM teliti pelaksanaan Skim Bantuan Sukarelawan Bahasa Inggeris

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan untuk mewujudkan Skim Bantuan Sukarelawan bertujuan membantu meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris khususnya di kawasan miskin bandar, pinggir bandar,pedalaman Sabah dan sarawak.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti cadangan berkenaan dari sudut pelaksanaan agar perkara tersebut selari dengan dasar dan peraturan sedia ada.

"KPM juga akan mengenalpasti sukarelawan  yang mempunyai kelayakan tertentu bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran .

"Inisiatif seperti ini pernah dilaksanakan KPM dengan melibatkan tenaga pengajar dari negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Korea Selatan di bawah Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

"KPM melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pembangunan profesionalisme untuk guru yang mengajar Bahasa Inggeris", katanya demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan mengenai perancangan khusus Kementerian Pendidikan berhubung cadangan membawa masuk tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura serta langkah memperkasa pengajaran dan pembelajaran serta latihan untuk guru Bahasa Inggeris tempatan di Parlimen hari ini.

Cadangan Skim itu hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong baru-baru ini.

Dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura ke Malaysia baru-baru ini, Malaysia berbincang dengan Singapura mengenai kemungkinan negara republik itu menghantar tenaga pengajar untuk mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat di seluruh negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD