fb fb fb fb fb

KPM sedang siasat dakwaan kes buli pelajar sekolah baru-baru ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Disember - Siasatan berkaitan dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar sekolah baru-baru ini sedang dijalankan, bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata pihaknya mengambil perhatian mengenai dakwaan kes buli di sekolah seperti yang dilaporkan media.

Menurut KPM, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 dan 13 Tahun 2023, bertarikh 3 November 2023 perlu dijadikan panduan bagi menangani gejala buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan KPM.

"Pihaknya menyediakan empat saluran utama bagi membolehkan murid, ibu bapa dan masyarakat untuk membuat aduan mengenai kes buli dan gangguan seksual menerusi talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan aduan buli dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), " kata kenyataan itu.

Media hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun yang hilang dari kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam tadi.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak melarikan diri dari sekolah berikutan dibuli pelajar lain.

TETITIA YUSOFF