fb fb fb fb fb

KPM salur RM124.73 juta, penyelenggaraan kecil tandas SBK

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Sebanyak RM124.73 juta telah disalurkan bagi penyelenggaraan kecil tandas di Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) sejak Otober lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh memaklumkan baki peruntukan tersebut telah digunakan untuk penyelenggaran kecil lain di SBK.  

"Pada tahun 2024 Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas kepada 310 buah SK bawah JPN Sarawak yang tidak sempat disiapkan pada tahun lepas.

"Selain itu, pada tahun ini (2024) KPM telah menyediakan peruntukan khas bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan kecil kepada SBK yang berfokuskan kepada fasiliti tandas berjumlah RM134.33 juta," kata Wong Kah Woh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Kapten Datuk Dr Zulkafperi Hanpi, di Dewan Rakyat.

Tambahnya, KPM sentiasa memastikan peruntukan penyelenggaraan diagihkan dengan adil dan sewajarnya kepada semua jenis sekolah bawah KPM.

TETITIA YUSOFF