fb fb fb fb fb

KPM komited kembalikan takwim sesi persekolahan kepada Januari 2026

Foto hiasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Mac -Kementerian Pendidikan Malaysia, komited untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding pada Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19.

Ke arah itu usaha merancang kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025 telah dimulakan kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

"Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.

"Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan, penggal, hari dan cuti sekolah 1998 Pindaan 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari", kata Kah Woh ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir

Tambah Kah Woh, sesi libat urus bersama pihak berkepentingan juga akan dilaksana dalam menggubal kalendar akademik.

Sementara itu, Kah Woh berkata semakan kokurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperhalusi dan disemak apabila lengkap tempoh masa 10 tahun.

Manakala bagi KSSR 2027, ia sedang  dalam usaha pemetaan oleh pihak KPM melalui sesi libat urus dengan kesemua pihak kepentingan.

"Korikulum ini akan berorientasikan kompemntensi berbanding dengan koku terdahulu iaitu berasaskan standard.

"Berorientasikan kompentensi bermaksud penguasaan kemahiran  pengatahuan dan sikap yang diterap dalam pelbagai konten kehidupan serta memfokuskan hasil pembelanjaran yang diamalkan", kata Kah Woh.

KSSR 2007 mengandungi tujuh dominan utama antaranya perkembangan diri, komunikasi tanggungjawab, literasi pelbagai kemahiran berfikir dan pembelanjaran sepanjang hayat 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD