
KUALA LUMPUR, 5 Februari- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya mengaktifkan semula dan menyelamatkan 1,333 projek perumahan bermasalah dan terbengkalai melibatkan 160,000 unit rumah.
- KPKT berjaya aktifkan semula dan selamatkan 1,333 projek perumahan bermasalah, melibatkan 160,000 unit.
- Penekanan kepada pendekatan adil, telus dan penggunaan penuh wang pembeli melalui akaun HDA diaudit.
- Matlamat kerajaan: menjelang 2030 tiada lagi projek perumahan bermasalah atau terbengkalai di Malaysia.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata kementerian menekankan pendekatan adil dan telus dalam menangani projek terbengkalai serta memastikan wang pembeli rumah digunakan sepenuhnya untuk projek berkenaan.
Sistem Pengurusan Perumahan Bersepadu (HIM) dan Housing Development Account (HDA) terus diperkasa bagi memantau setiap projek secara telus.
“Selepas tiga tahun usaha tanpa henti serta ketekunan berterusan dengan jumlah nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM126 bilion.
“Kami tidak berpuas hati sekadar menyelamatkan projek terbengkalai kerana kami juga sudah muak dengan masalah ini.
“Atas sebab itu, sejak tahun lalu kami memulakan perjalanan baharu dengan melaksanakan akaun HDA yang diaudit,” katanya.
Nga Kor Ming menegaskan kerajaan bertekad menjelang 2030, tiada lagi projek perumahan bermasalah atau terbengkalai di Malaysia.
Beliau berkata demikian semasa sesi dialog Housing Reform: Increasing Quality Living, Ownership & Regulatory Efficiency di Forum Ekonomi Malaysia (FEM2026) di ibu negara.