fb fb fb fb fb

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini

Perasmian TRM bagi Projek Taman Permainan Desa Pinggiran Putra di Sepang/ Foto RTM

SEPANG, 23 Februari- Sebanyak 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) disasar akan dibina sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata sebanyak lapan TRM akan dibangunkan di Selangor, membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta.

"TRM ini dibina sebagai kemudahan rekreasi dan riadah, mengeratkan jaringan sosial masyarakat serta mengalakkan gaya hidup sihat.

"Terdapat enam tonggak konsep MADANI bagi pelaksanaan TRM iaitu mampan, sejahtera, daya cipta, hormat, yakin dan ihsan," katanya kepada pemberita selepas Perasmian TRM bagi Projek Taman Permainan Desa Pinggiran Putra di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM