fb fb fb fb fb

KPKM siap sedia hadapi cuaca panas

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu / Foto RTM

PENDANG, 3 Mac - Semua jabatan dan agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersiap sedia keadaan cuaca panas ketika ini  yang memungkinkan menjejaskan sektor pertanian negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini keadaan terkawal   pihaknya akan memastikan bekalan beras serta barangan keperluan lain berasaskan pertanian sentiasa mencukupi.

Katanya agensi berkaitan pengeluaran hasil padi akan diminta mengkaji  dari sudut jadual penanaman dan sebagainya  berikutan jangkaan cuaca yang lebih tinggi pada tahun 2025.

"Jangkaan pengeluaran padi lebih kurang sama masih dalam keadaan 62 peratus umumnya kalau  secara mata kasar padi tahun ini kurang baik.

"Keadaan cuaca ini sudah berlaku 3 tahun menyebabkan hasil padi tidak memberangsangkan, pertengahan sahaja", katanya pada sidang media selepas  menyaksikan n Gelombang Padi Program Penuaian Padi   Projek Smart Sawah Berskala  Besar ( SMART SBB ) Ala Sekinchan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA di Kampung Gulau, di sini.

Kawasan penanaman melibatkan kawasan seluas 38.995 hektar .

Seramai 10 peserta terdiri daripada peladang muda terlibat dalam projek ini yang mengunakan Padi variety Mardi Siraj 297.

Sebelum ini SMART SBB  al sekinchan melibatkan kawasan seluas 97.70 hektar di Kampung Lat 1000, berjaya  meningkatkan hasil pengeluaran padi melebihi  10  tan metrik per hektar berbanding purata antara tiga hingga 3.5 tan metrik  secara konvensional

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD