fb fb fb fb fb

KPKM pergiat Op BPT bagi tangani penyelewengan beras

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Langkah penguatkuasaan menerusi Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Beras Putih Tempatan (OP BPT) akan giat dilaksanakan bagi menangani isu penyelewengan rantaian padi dan beras secara komprehensif.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati menukar kampit, mencampurkan beras tempatan dengan import, menyeludup beras putih import atau menyembunyikan bekalan beras putih tempatan.

Jelasnya, sejak dua bulan pelaksanaan Op BPT, pihaknya sudah menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada pihak pendakwaraya bagi tindakan seterusnya.

"Operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi dan dipengerusikan saya sendiri, melibatkan KPDN ESSCOM dan juga MARDI.

"Setakat ini kita sudah siapkan laporan dan untuk kes kes di mana ada isu kesalahan undang undang kita telah serahkan kesemua bukti dan juga kertas siasatan kepada pihak pendakwaraya supaya mereka dapat ambil tindakan sewajarnya", kata Foong Hin ketika menjawab soalan tambahan dikemukan senator Musoddak Ahmad pada persidangan Dewan Negara berhubung perkembangan Op BPT.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD