fb fb fb fb fb

KPKM fokus sektor akuakultur sedia bekalan makanan mencukupi

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup

BANGI, 6 Ogos - Pengeluaran industri akuakultur negara menyumbang sebanyak 28.4 peratus kepada sektor perikanan pada tahun 2023.

Memastikan kemampanan industri itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menjadikan sektor akuakultur sebagai fokus utama bagi menentukan bekalan makanan negara sentiasa terjamin dan mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sektor tersebut mempunyai potensi besar untuk terus berkembang

"Berdasarkan Dasar Agromakanan Negara, 2021-2030 (DAN 2.0) KPKM telah menetapkan sasaran pengeluaran akuakultur kepada 40 peratus berbanding perikanan tangkapan sebanyak 60 peratus bagi sumbangan perikanan negara menjelang tahun 2030," kata Arthur.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Akuakultur 2024 anjuran Jabatan Perikanan Malaysia yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

Dalam pada itu, penyampaian sijil MyGAP kepada pengusaha yang layak serta cek bantuan program pembangunan integrasi akuakultur projek (PPIA) turut disampaikan.

Negeri Pahang menerima peruntukan sebanyak RM7.36 juta manakala Pulau Pinang menerima RM951,500 sebagai penerima kategori komersil pada tahun 2024.

TETITIA YUSOFF