fb fb fb fb fb

KPDNHEP jamin kit ujian pantas RTK Antigen mencukupi


KUALA LUMPUR, 16 Februari
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka memberi jaminan kit ujian pantas RTK Antigen COVID-19 mencukupi di sebalik peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata permintaan terhadap kit ujian tersebut ketika ini meningkat mendadak sebagai langkah awal mencegah penularan varian Omicron

Hasil pemeriksaan dan pemantauan dari September tahun lalu hingga bulan lepas, lebih 1,000 premis yang menjual RTK telah diperiksa.

Tiada aduan diterima berkaitan bekalan mahupun harga jualan melebihi harga kawalan.

Secara purata peniaga di Melaka menjual RTK di bawah harga siling yang ditetapkan kerajaan iaitu RM19.90 seunit.

Terdapat 100 jenama kit ujian pantas dijual di seluruh negara dengan harga terendah RM4.90.

Media Baharu