fb fb fb fb fb

KPDN rampas 6.5 juta liter diesel bersubsidi seluruh negara

Fuziah Salleh

JOHOR BAHRU, 9 Disember- Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 6.5 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM13.69 juta yang cuba diseludup sindiket bermula 1 Mac lalu sehingga hari ini.

Timbalan menterinya Fuziah Salleh berkata rampasan dibuat menerusi 769 serbuan Ops Tiris yang dijalankan di seluruh negara.

Pelbagai rampasan dilakukan termasuk lori dan trak pikap yang diubahsuai bernilai RM75.29 juta.

"Modus operandi yang digunakan adalah ubah suai kereta itu untuk dijadikan tempat letak tangki supaya boleh terus ke stesen minyak itu dan mengisi minyak ke tangki tersorok. Jadi ianya termasuk dalam barang rampasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI