fb fb fb fb fb

KPDN Pulau Pinang rampas 2,800 liter diesel seludup

FOTO KPDN PULAU PINANG

BUTTERWORTH, 13 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas sejumlah 2,800 liter minyak diesel bersubsidi yang diseludup.

Rampasan dibuat selepas pemeriksaan dijalankan terhadap sebuah lori kanvas yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Bagan Lalang, Butterworth.

Pengarahnya S. Jegan berkata, lori berkenaan diubah suai bagi menjalankan aktiviti penyeludupan itu.

Turut dirampas enam unit tangki IBC dan dua set 'motor pump' beserta hos paip.

Kesemua rampasan yang disita dianggar bernilai RM27,620.

Sementara itu, KPDN mengesyaki pemandu lori berkenaan tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran kerana meninggalkan lori tersebut sewaktu pemeriksaan dan melarikan diri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE