KPDN perketat jualan minyak masak peket

KPDN perketat penguatkuasaan jualan mintak masak peket bersubsidi.

KUCHING, 13 Mac – Sebanyak 13,564 pemeriksaan penjualan minyak masak peket bersubsidi telah dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di seluruh negara setakat hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Larangan warga asing membeli minyak masak paket 1 kilogram berkuat kuasa sejak 1 Mac.
  • Rakyat dibenarkan maksimum tiga paket sehari; e-COSS mengimbas kod bagi merekod pembelian dan menghalang pembelian berlebihan.
  • KPDN perketat penguatkuasaan untuk memastikan hanya rakyat Malaysia terima subsidi; tindakan tegas akan diambil terhadap pelanggar.

Daripada jumlah itu, 563 pemeriksaan dilakukan di Sarawak, dengan tujuh aduan kini dalam pelbagai peringkat siasatan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, langkah itu dilaksanakan susulan arahan kerajaan yang melarang warga asing membeli minyak masak peket satu kilogram berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu.

Bagi rakyat tempatan, setiap individu hanya dibenarkan membeli maksimum tiga peket minyak masak bersubsidi sehari.

“Setakat ini 3.5 juta rakyat Malaysia telah memuat turun aplikasi mudah alih e-COSS, yang digunakan untuk memantau pembelian minyak masak bersubsidi.

“Menerusi aplikasi itu pengguna perlu mengimbas kod ketika pembelian, sekali gus membolehkan sistem merekod jumlah yang dibeli dan menghalang pembelian melebihi had yang ditetapkan pada hari sama,” katanya di sini.

Dalam pada itu, KPDN menegaskan komitmennya untuk memperketat penguatkuasaan penjualan minyak masak peket bersubsidi tersebut.

Langkah itu bagi memastikan hanya rakyat Malaysia yang layak menerima manfaat subsidi kerajaan.

Tegasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.