PETALING JAYA, 6 November – Pemantauan berterusan akan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengawal harga barang sepanjang musim tengkujuh.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya akan melakukan pemantauan harian terhadap 480 jenis barangan untuk mengekalkan kestabilan harga.
"Langkah tambahan termasuk pelantikan Peruncit Daerah Terpilih (DDR) dan Pemborong Daerah Terpilih (DDW) serta memperluaskan program Jualan Rahmah di kawasan berisiko banjir bagi memastikan bekalan mencukupi dan mudah diakses.
“Dengan bekalan yang mencukupi, kita harap dapat mengekang isu kenaikan harga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di sini.