fb fb fb fb fb

KPDN lancar Portal Ihsan Madani

Peluncuran Portal Ihsan Madani di Putrajaya

PUTRAJAYA, 23 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Portal Ihsan Madani sebagai pusat sehenti bagi rakyat mendapatkan serta mengenal pasti pelbagai program dan inisiatif Kerajaan Madani.

Menurut menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, kewujudan portal ini juga membantu rakyat mengenal pasti program dan inisiatif yang layak dan sesuai berdasarkan maklumat yang diisi.

"Kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani kos sara hidup rakyat.

"Atas sebab itu, untuk membolehkan rakyat mendapat akses kepada maklumat dengan mudah dan cepat, hari ini kita meluncurkan Portal Ihsan Madani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga Penguat Kuasa KPDN dan Peluncuran Portal Ihsan Madani di Putrajaya.

Tambah beliau, portal tersebut sesuai digunakan oleh semua warganegara pada setiap lapisan umur.

Ihsan Madani kini boleh dimuat turun aplikasinya di Google PlayStore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.

ROSLINA BINTI DIN