fb fb fb fb fb

KPDN Labuan rampas 80,000 liter diesel bernilai RM320,000 

FOTO KPDN LABUAN

LABUAN, 5 Jun- Sejumlah 80,000 liter minyak disyaki diesel bernilai RM320,000 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, semalam.

Menurut Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain, berkata, rampasan dilakukan menerusi serbuan pada pukul 11.00 pagi dalam satu operasi Ops Tiris di sebuah Jeti Jalan Merdeka Labuan.

"Seorang lelaki warga tempatan berumur 70 tahun yang dipercayai krew kapal berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan, pasukan penguat kuasa KPDN menemui diesel yang disimpan dalam empat tangki besar di atas sebuah kapal,"katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Junaidah, kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE