fb fb fb fb fb

KPDN fokus pastikan bekalan gula sentiasa mencukupi

Fuziah ditemui selepas menyampaikan Zakat Wakalah kepada pelajar Asnaf di Permatang Pasir, Pulau Pinang

PERMATANG PASIR, 1 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberi fokus kepada isu bekalan gula agar sentiasa mencukupi.

Ia susulan jaminan kerajaan mengenai tiada kenaikan harga gula.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, setakat ni pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kes sorok gula berlaku.

Jika terdapat aduan, tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

"Sebenarnya harga gula itu harga kawalan dan merupakan kesalahan kalau mereka menjual melebihi harga kawalan. Bukan sahaja harganya tidak naik, bekalan juga mencukupi.

"Setakat ini belum ada lagi kes sorok gula, mereka ingat naik harga tapi sekarang kita beri jamianan harga tidak naik, jadi tiada sebab nak sorok gula,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Zakat Wakalah kepada pelajar Asnaf di Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Dalam pada itu,  kerajaan juga memberikan insentif kewangan sebanyak RM42 juta kepada pengilang gula sebagai langkah sementara untuk memastikan pengeluaran bekalan gula tidak terjejas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE